E-Learning Game

16 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning yang terdiri daripada Wordwall dan Kahoot Quiz. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran jenis visual. Hal ini dikatakan demikian kerana, kahoot dan wordwall mempunyai banyak soalan untuk setiap subjek dan banyak template yang boleh digunakan. Contohnya, subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan banyak lagi. Selain itu juga, wordwall dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk melatih mereka menggunakan teknologi sebagai media untuk belajar. Seterusnya, platform kahoot quiz dan wordwall mempunyai kelebihan masing-masing iaitu dapat menguji minda peserta untuk berfikir secara efektif dan kritis. Oleh itu juga, dengan adanya platform kahoot quiz dan wordwall ini peserta dapat belajar kendiri untuk mendapatkan pencapaian dan keupayaan masing-masing dengan prestasi yang lebih baik dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali